MARI BELAJAR ICT DAN MENGAPLIKASIKANNYA KE DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ANDA

Jumaat, 29 Ogos 2008

GERBANG ICTL

GERBANG ICTL SMK KAMUNTING

Matapelajaran Information & Communication Techology Literasi Computer mula diperkenalkan di SMK Kamunting bermula sesi persekolahan 2008. Subjek ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar tingkat 1 & 2. Setiap pelajar wajib mengikut matapelajaran ini. setiap kelas di peruntukan sebanyak 2 masa mengikut jadual yang telah ditetapkan sekolah. Pelajar akan didedahkan tentang ilmu pengkomputeran asas. huraian sukatan dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran mengcakupi bertujuan membantu guru-guru ICTL di sekolah merangka Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Subjek ICTL suatu matapelajaran kemahiran untuk pelajar menguasai dunia kini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat. Penekanan KPM dalam meningkatkan kemajuan teknologi kepada generasi akan datang, dalam melahirkan modal insan yang mampu bersaing dalam dunia globalisasi.

KEPENTINGAN BELAJAR ICT

ICTL untuk sekolah menengah ini sebagai satu panduan untuk guru-guru dan pelajar yang belajar ICT Literacy. Bermula dengan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) pada tahun 1992 program ini telah diubah kepada Program Literasi Komputer pada tahun 2002 sehingga 2005 program ini telah disemak semula selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang. Bermula julai 2007 program ini sekali lagi ditukar kepada ICTL ( information communication Technology Literacy) dengan bermatlamatkan untuk memperolehi pengetahuan ICT dan kemahiran-kemahiran kreatif untuk membantu mereka dalam kehidupan harian mereka. Berkongsi hemat dan maklumat di kalangan mereka sendiri, di dalam dan melebihi persekitaran sekolah dan menunjukkan tanggungjawab dan akauntabiliti ke arah infrastruktur ICT yang digunakan.

APLIKASI ICTL DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Cara terbaik untuk belajar dan akhirnya menggunakan Windows dan aplikasi Ms Office secara bersepadu dalam pengajaran pembelajaran adalah paling berkesan melalui latihan secara hands-on. Modul dan tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mudahnya mempelajari dan melaksanakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

Komponen-komponen PC :
1. input
2. pemprosesan
3. output

Mengenal pasti komponen Secara umum komponen komputer boleh dikategorikan kepada input, pemprosesan, dan output berdasarkan model pemprosesan data. Komponen input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Komponen pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai komponen output. Fungsi Komponen Output Berfungsi sebagai peranti yang memaparkan hasil dan menmenghasilkan dalam bentuk dokumen yang dilakukan oleh komputer.
- Monitor : Memaparkan hasil pada skrinnya.
- Pencetak : Memcetak bahan yang dihasilkan.

Tiada ulasan: